KOTA KINABALU: Beberapa daerah di kawasan pedalaman, pantai barat, pantai timur dan utara Sabah dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.
Daerah terbabit ialah Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan bagi kawasan pedalaman, manakala Ranau dan Kota Belud di pantai barat.
Bagi kawasan utara, dua daerah iaitu Kota Marudu dan Kudat dijangka mengalami cuaca yang sama, manakala Tongod dan Sandakan di pantai timur.
Berdasarkan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) keadaan cuaca itu turut berlaku di enam negeri lain, termasuk Sarawak. – Info X