Search

Jalan Penampang-Tambunan kini boleh dilalui

May 25, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Jalan Penampang-Tambunan, kini boleh dilalui selepas runtuhan dan aliran lumpur yang berlaku berhampiran Kampung Togudon, di sini, petang tadi dibersihkan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan, bagaimanapun jalan menghubungkan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom itu hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

“Satu lorong jalan telah dibuka untuk dilalui sementara kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan,” katanya.

Laluan Penampang-Tambunan dibuka kepada satu lorong selepas kerja-kerja pembersihan dilaksanakan, petang tadi.

Terdahulu, laluan berkenaan dilaporkan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan berikutan cerun runtuh dan aliran lumpur di lokasi berhampiran Kampung Togudon, Penampang, kira-kira 4 petang tadi.

Susulan kejadian itu, JKR Sabah mengambil tindakan awal termasuk melakukan pembersihan permukaan jalan dan memasang papan tanda pelan pengurusan trafik (TMP). – Info X