KOTA KINABALU: Sebanyak lapan kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di enam daerah di Sabah ketika hujan lebat dan angin kencang, awal pagi tadi.
Antaranya di Kampung Kituntul Baru, Ranau sebatang pokok menghempap atap surau kampung berkenaan.
Selain itu di Jalan Tuaran Bypass, Lintas, Jalan Lembaga Air Kasigui dan Lorong Pertama 1, Taman Pertama Jalan NC, Mogunting di Penampang.

Kejadian pokok tumbang turut dilaporkan di Kampung Kulambai, Kota Belud, Kampung Sebandil, Papar, Jalan Kampung Linkudau, Ranau, dan Gereja SDA, Parapat Darat, Kudat.
Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah. – Info X