PUTATAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini secara rasmi menerima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan untuk meningkatkan perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat di daerah ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook JBPM Sabah, BBP Kategori C itu mempunyai seramai 29 pegawai dan anggota bomba.
Menariknya, ia diketuai oleh Pegawai Bomba wanita, menjadikannya BBP kedua di Sabah diketuai wanita selepas BBP Jalan Lintas.
“Alhamdulillah Bomba Sabah pada hari ini menerima sebuah lagi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baharu di daerah Putatan, iaitu BBP Putatan daripada KPKT Malaysia.
“BBP Putatan merupakan balai kategori C dan mempunyai seramai 29 pegawai. anggota. Balai ini juga diketuai oleh Pegawai Bomba Wanita merupakan balai kedua di Sabah selepas BBP Jalan Lintas.
Wanita Hebat! Tahniah dan selamat bertugas!,” kongsi Facebook JBPM Sabah. – Info X