KOTA KINABALU: Seekor ular sawa berukuran 1.5 meter yang kekenyangan selepas menelan seekor ayam ditangkap di dalam sebuah reban ayam di Kampung Kepayan, di sini, pagi tadi.
Kehadiran ular sawa itu disedari pemilik ayam terbabit kira-kira jam 10.40 pagi ketika pergi ke reban berkenaan dan melihat reptilia sedang menelan ayam ternakannya itu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi.
Katanya, seorang pegawai bersama lima anggota dari Skuad Charlie diketuai Leftenan Muda (PA) Nurfarizt Izwan Sapsia digerakkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi, pemilik rumah memaklumkan ular sawa berada di dalam reban ayan.
“Lima anggota lengkap berpakaian peralatan Personal Protective Equipment (PPE) membuat penangkapan dan berjaya menangkap ular menggunakan penyepit dan penjerut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ular sawa itu telah menelan seekor ayam milik pengadu.
“Ular berkenaan dibawa ke pejabat APM Kota Kinabalu sebelum dilepaskan ke lokasi selamat,” katanya. – Info X