Search

Lelaki maut kenderaan dipandu masuk longkang

September 15, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ranggu Batu 8 ½, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Shim Abdullah berusia 42 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.44 tengah malam.

Katanya, kemalangan itu menbabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza yang terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam longkang.

“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X