Search

Kereta kemalangan sebelum rempuh rumah, dua cedera

September 22, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Dua cedera manakala tiga selamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan lalu terbabas dan merempuh sebuah rumah di Jalan Haji Mat Tahir, Kampung Beruang, di sini, petang tadi.

Mangsa cedera wanita berusia 49 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun manakala tiga lagi selamat.

Sementara itu, pemandu Perodua Alza lelaki berusia 25 tahun turut selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Penolong Penguasa Bomba, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Isuzu Bighorn dan Perodua Alza dan kenderaan Isuzu turut merempuh sebuah rumah jenis kekal hingga menyebabkan kerosakan pada struktur rumah.

“Terdapat lima mangsa terbabit dan dua daripada cedera. Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan memberi rawatan awal.

“Mangsa cedera kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 5.47 petang. – Info X