Search

Eksesais Samudera Perkasa Timur platform perkasakan operasi, persefahaman komuniti maritim

September 28, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengadakan Eksesais Bersepadu kali kedua, Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 yang bermula pada 23 hingga semalam.

Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Mohd Norizal Fahrudin ketika merasmikan eksesais ini berkata, tema eksesais bagi siri kali ini adalah Peperangan dan Search and Rescue (SAR) selaras dengan six years roadmap (2023 – 2028) yang dibangunkan.

“Rancangan aktiviti yang dilaksanakan meliputi Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut yang terdiri
daripada Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Table Top Exercise (TTX) dan Field
Training Exercise (FTX).

“Pelaksanaan Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 ini dilihat menjadi platform terbaik untuk memperkasakan aspek kebolehoperasian dan persefahaman komuniti maritim secara bersama dalam menentukan kestabilan dan keamanan serantau khususnya di Laut China Selatan,” katanya.

Aset TLDM dan APMM ketika mengadakan Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024.

Majlis Penutup eksesais disempurnakan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Eksesais ini membabitkan dua buah kapal TLDM iaitu KD Kelantan dan KD Rencong serta sebuah Pesawat Helikopter Maritim (HOM) manakala APMM melibatkan empat buah kapal iaitu KM Adil, KM Bistari, KM Stapa dan KM Renggis.

Selain itu, eksesais kali ini turut membabitkan elemen daripada Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM dalam siri latihan High Risk Visit, Board, Search and Seizure (VBSS). – Info X