Search

Bekas MP Kota Kinabalu meninggal dunia

October 15, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Dr Hiew King Cheu, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II (HQE 2), di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, ahli politik veteran yang juga bekas pemimpin DAP Sabah itu meninggal dunia ketika menjalani rawatan kanser paru-paru di Unit Paliatif hospital berkenaan.

King Cheu, 72, meninggalkan isteri, Datuk Julia Thien serta dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Mendiang menjadi Ahli Parlimen Kota Kinabalu dari 2008 hingga 2013, sebelum berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang dari 2013 hingga 2018.

Kedua-dua kerusi itu dimenanginya atas tiket DAP, sebelum meninggalkan parti berkenaan pada 2014 dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau kemudian menyertai MCA dan seterusnya Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) pada 2019 dengan menjadi timbalan presidennya.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16), September 2020, King Cheu bertanding semula di kerusi DUN Luyang atas tiket PGRS, namun tewas di tangan calon muda DAP, Datuk Phoong Jin Zhe yang kini menjadi Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri. – Info X