Search

Warga emas ditemui maut dalam tandas hotel terkunci

October 30, 2024

Info X Reporters

TUARAN: Seorang lelaki warga emas ditemui maut dalam keadaan terbaring di lantai tandas yang terkunci di sebuah hotel di daerah ini, awal pagi tadi.

Mangsa, Ho Hock Shia, 60, ditemui anggota bomba sebaik pintu tandas berjaya dibuka menggunakan peralatan khas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi bagi melakukan operasi membuka pintu terkunci sebaik menerima panggilan pada jam 5.25 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba membantu pihak polis membuka pintu tandas hotel terkunci menggunakan peralatan khas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri terbaring di lantai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi operasi ditamatkan jam 6.25 pagi,” katanya. – Info X