Perlawanan terakhir bimbingan Datuk Ong Kim Swee bersama Sabah FC menyaksikan kemenangan 4-0 Sang Badak ke atas PT Athletic FC dalam aksi pertama Pusingan 16, Piala Malaysia 2024 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, petang tadi.
Gol Sabah masing-masing dijaringkan Saddil Ramdani pada minit ke-13, diikuti Muhammad Danial Hakim Draman (minit ke-19) dan Daniel Ting pada minit ke-76.
Gol keempat Sabah pula disumbangkan menerusi gol sendiri pemain pertahanan PT Athletic, Muhammad Yusri Yuhasmadi. – Info X