PAPAR: Seorang lelaki dikhuatiri tersesat di hutan ketika keluar menoreh getah di kawasan Kampung Tanaki, di sini, pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Andy Chia, 34, dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 6 pagi dan tidak pulang sehingga hari ini.
Abang mangsa kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk bantuan pencarian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, operasi pencarian sedang dijalankan di lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.56 petang tadi.
“Berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 6 pagi tadi, untuk menjalankan aktiviti menoreh getah.
“Operasi pencarian dilakukan di sekitar mangsa dilaporkan tersesat dengan kekuatan seramai 11 anggota serta dibantu oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih giat dijalankan.
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Operasi pencarian disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan kemudoan Awam Malaysia (APM) dan orang awam. – Info X