Search

Piala Malaysia: Sabah mara ke suku akhir

November 27, 2024

Info X Reporters

KUALA LUMPUR: Sabah FC mara ke suku akhir Piala Malaysia 2024 selepas mengumpul agregat 7-0 dalam dua perlawanan Pusingan 16 menentang PT Athletic FC yang berakhir malam ini.

Dalam aksi kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini, skuad Sang Badak menewaskan PT Athletic 3-0, manakala menang 4-0 pada perlawanan pertama di stadium sama pada Sabtu lalu.

Antara aksi Sabah FC vs PT Athletic dalam saingan Pusingan 16 Piala Malaysia di Kuala Lumpur.

Gol Sabah malam ini dijaringkan Darren Lok menerusi sepakan penalti pada minit ke-67, diikuti jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-77 dan Joao Pedro pada minit ke-81. – Info X