BEAUFORT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort sedang dalam proses pemindahan mangsa banjir di Kampung Suasa dan sekitarnya, hari ini.
Proses pemindahan mangsa banjir turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon yang terletak kira-kira 42 kilometer dari lokasi banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, proses pemindahan ini menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan lori dari pelbagai agensi keselamatan.
“Sehingga kini, operasi pemindahan mangsa banjir masih berjalan di Kampung Suasa dan sekitarnya.

“Jarak kawasan pemindahan ke PPK Selagon hampir 42 kilometer,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan belum dapat dipastikan lagi.
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X