LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 13 tahanan warga Filipina bagi Operasi Pemindahan Tahanan ke Negara Asal Bilang Satu 2025, semalam.
Menerusi kenyataan JIM Sabah di laman Facebook rasminya, penghantaran pulang itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu.
Katanya, semua Pati yang ditahan di Depot Imigresen Imigresen Tawau itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut feri MV Ming Hai Express ke Pelabuhan Bongao, Filipina.
“Semua tahahan terdiri daripada tujuh lelaki, dua wanita dewasa dan empat kanak-kanak lelaki.
“Semua tahanan kanak-kanak balik ke negara asal dengan diiringi oleh ibu dan bapa atau penjaga yang sah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua tahanan asing balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri dan kos pengangkutan feri adalah termasuk caj pengangkutan bas mulai daripada Tawau Ke Lahad Datu.
“Ia berjumlah RM370 untuk penumpang dawasa manakala RM205 untuk penumpang kanak-kanak berusia lima ke 13 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berusia empat tahun dan ke bawah.
“Operasi pemindahan tahanan asing ke negara asal dari semasa ke semasa adalag tertakluk kepada pengeluaran segera dan berterusan Travel Dokument oleh pihak Kedutaan Republik Filipina di Malaysia yang merupakan elemen penting bagi mempercepatkan proses pemindahan tahanan ke negara asal,” katanya. – Info X