KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kaki kirinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.23 petang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati kaki kiri kanak-kanak terbabit tertusuk besi rim basikal.
“Pasukan bomba bertindak melepaskan rim basikal seterusnya mangsa dibawa ke Hospital Kota Belud menggunakan ambulans untuk tindakan X Ray dan rawatan lanjut.
“Sejurus selepas itu, pasukan bomba kemudian digerakkan semula Hospital Kota Belud untuk bantuan memotong besi rim basikal berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian bertindak memotong besi rim menggunakan peralatan Hydraulic Cutter.
“Sebaik selesai, mangsa seterusnya mendapat daripada pihak hospital.
“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 9.48 malam,” katanya.
Terdahulu, operasi berkenaan dijalankan lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). – Info X