KOTA KINABALU: Seramai 2,260 mangsa banjir daripada 719 keluarga dipindahkan ke 17 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 10 daerah di Sabah setakat pagi ini.
Berdasarkan laporan Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), setakat ini daerah Kota Marudu merekodkan mangsa tertinggi seramai 1,241 orang daripada 438 keluarga yang dipindahkan di empat PPS.
Ia diikuti daerah Telupid dengan seramai 403 mangsa daripada 48 keluarga di dua PPS, Beluran (173 mangsa, 55 keluarga, satu PPS), Lahad Datu (158 mangsa, 43 keluarga, dua PPS) dan Sandakan (118 mangsa, 28 keluarga, satu PPS).
Selebihnya di Beaufort (102 mangsa, 29 keluarga, satu PPS), Pitas (97 mangsa, 33 keluarga, satu PPS), Kota Belud (91 mangsa, 21 keluarga, dua PPS), Tongod (54 mangsa, 13 keluarga, satu PPS) dan Paitan (23 mangsa, 11 keluarga, dua PPS). – Info X