Search

Banjir semakin buruk, 1,748 mangsa dipindah di 4 daerah

March 9, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Banjir semakin buruk berikutan peningkatan mangsa yang dipindahkan di Membakut, selain pengisytiharan Sook dan Keningau sebagai kawasan bencana baharu, pagi ini.

Setakat ini, seramai 1,748 mangsa dipindahkan di empat daerah termasuk Beaufort yang kekal mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 780 mangsa sejak malam tadi.

Ia kemudian diikuti daerah Membakut yang merekodkan 705 mangsa pagi ini, berbanding 230 mangsa malam tadi.

Di Keningau dan Sook pula, masing-masing 133 dan 130 mangsa dipindahkan setakat pagi ini.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, situasi banjir di daerah terbabit masih pada tahap meningkat.

Anggota APM membantu pemindahan mangsa banjir di Keningau.

Kesemua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Membakut, Keningau dan Sook, manakala sebuah pusat pemindahan kekel (PPK) di Beaufort. – Info X