KOTA KINABALU: Banjir di beberapa daerah sejak beberapa hari lalu beransur pulih dengan hanya tiga daerah masih merekodkan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 10 pagi ini.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, tiga daerah terbabit ialah Sandakan, Keningau dan Sipitang dengan jumlah mangsa seramai 231 orang berbanding lebih 1,000 orang awal pagi semalam.
Sandakan merekodkan seramai 119 mangsa daripada 31 keluarga, manakala Keningau seramai 36 mangsa daripada 15 keluarga dan Sipitang seramai 76 mangsa daripada 31 keluarga.
Mereka ditempatkan di tiga PPS, masing-masing satu di setiap daerah.
Sebelum ini tujuh daerah dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan tetapi empat sudah pulih dan PPS disytihar tutup iaitu di Beluran, Paitan, Kota Marudu dan Matunggong. – Info X