Search

Bangunan lama jadi tempat punggah rokok seludup

March 25, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Taktik penyeludupan menjadi sebuah bangunan lama di lorong Kampung Titingan 5, di sini, sebagai tempat pemunggahan sementara rokok tidak bercukai berakhir apabila ‘lokasi rahsia’ itu diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang oleh Unit Risikan Marin (PPM) Tawau merampas pelbagai jenis rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM569,800.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan dan pemeriksaan ke atas satu bangunan lama di kawasan itu menemui beberapa kotak dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi telah menemui beberapa kotak dalam keadaan mencurigakan yang ditinggalkan di dalam bangunan berkenaan.

“Pemeriksaan seterusnya menemui pelbagai jenama rokok yang dipercayai rokok seludup dari negara jiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal dipercayai juga bangunan itu dijadikan sebagai tempat pemunggahan sementara sebelum rokok itu diambil dan dijual ke pasaran sekitar daerah ini dan luar.

“Semua rokok yang dianggarkan bernilai RM569,800 dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. – Info X