Search

Lelaki disyaki rogol anak tiri ditahan

April 5, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis, Rabu lalu, selepas disyaki merogol anak tirinya berusia 19 tahun, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa sepupunya dirogol bapa tiri.

Katanya, berdasarkan laporan pengadu, mangsa melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun.

“Menurut pengadu, dia menerima panggilan pada jam 8 malam daripada sepupunya yang memaklumkan telah dirogol oleh suspek di rumah mangsa.

“Bertindak atas laporan itu, suspek berusia 54 tahun berjaya ditahan pada jam 6.50 petang di sebuah ladang sawit di daerah Semporna,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga merupakan seorang penganggur ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap kanak kanak 2017 (Akta 792).

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah ugutan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – Info X