Search

PPM gagalkan cubaan seludup rokok

May 6, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas rokok yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui Laut Pelabuhan, Tawau, di sini, semalam.

Dalam operasi berkenaan, pasukan PPM Tawau turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun untuk siasatan lanjut.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menahan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan laut berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot itu, menemui 48 bungkusan rokok yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM95,780,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967.

“PPM Wilayah Empat Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya. – Info X