Search

DUN Sabah bersidang 7, 8 Julai

June 14, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual bersidang dua hari pada 7 dan 8 Julai depan.

Maklumat itu berdasarkan surat diedarkan kepada pihak media untuk memohon pas bagi membuat liputan pada persidangan itu nanti.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima 2025 DUN Ke-16 itu adalah persidangan yang terakhir bagi DUN Ke-16, sebelum DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada akhir Julai atau awal Ogos depan setelah selesai Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). – Info X