Search

Pelajar cedera dikejar anjing liar

June 19, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Seorang pelajar cedera selepas terjatuh akibat dikejar sekumpulan anjing liar dalam kejadian berhampiran Kampung Sabah Baru, di sini, Isnin lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun cedera di bahagian buka dan menerima rawatan di hospital.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung insiden itu yang berlaku pada 16 Jun lalu.

“Menurut laporan yang diterima, mangsa lelaki berusia 13 tahun dalam perjalanan pulang dari bandar Lahad Datu menuju ke Kampung Sabah Baru sebelum dikejar sekumpulan anjing liar.

“Mangsa cuba melarikan diri namun terjatuh, menyebabkan kecederaan di bahagian kiri muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa berkaitan terhadap ancaman anjing liar di kawasan terbabit.

Katanya, polis memandang serius insiden sedemikian kerana ia membabitkan keselamatan awam, khususnya pelajar sekolah. – Info X