Search

REMAJA MATI LEMAS KETIKA AKTIVITI ZIARAH RAYA BERSAMA KELUARGA

May 9, 2022

admin

SIPITANG: Seorang remaja ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika beraya di Kampung Banting, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan berhampiran lokasi dia dikatakan tergelincir sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut berada di tempat kejadian.

Jurucakap Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari.

“Mangsa dilaporkan tergelincir ke sungai ketika melintasi jambatan di sungai berkenaan semasa beraya bersama keluarga.

“Mangsa dilaporkan berjaya ditemui keluarganya kira-kira jam 1.21 petang sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Info X