KOTA KINABALU: Timbalan Ketua UMNO, Datuk Yakub Khan memaklumkan perkara berkaitan penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN belum sampai ke peringkat perbincangan parti itu ketika ini.
“Dalam kolaborasi GRS ini, ia belum sampai ke peringkat perbincangan bersama Barisan Nasional (BN).
“Di pihak GRS mungkin sudah mengambil langkah untuk berfikir tentang hala tuju GRS tetapi belum lagi sampai ke peringkat kita.
“InsyaAllah, ia akan sampai di peringkat perbincangan GRS dengan BN dalam kolaborasi ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) bersama JAWALA
Plantation Industries Sdn Bhd (JPISB) dan Forest Interactive Foundation (FIF), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai penubuhan
Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN yang diumumkan Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor, semalam.
Ditanya mengenai kenyataan Hajiji yang menyatakan penubuhan jawatankuasa terbabit adalah bagi mengelakkan pertembungan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai mengenggan mengulas lanjut dan memaklumkan ia hanyalah pandangan peribadi Hajiji selaku pemimpin di dalam gabungan berkenaan.
“Itu adalah pandangan beliau (Hajiji), di pihak BN belum ada komen lagi,” katanya. – Info X