KOTA KINABALU: Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selesai selepas kira-kira lapan jam prosedur itu dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan peguam Shahlan Jufri yang menyaksikan proses bedah siasat atas permintaan keluarga arwah Zara.
Bedah siasat ke atas jenazah arwah bermula pada kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai sebelum jam 8 malam.
Sejurus selepas itu, jenazah Allahyarham Zara akan dihantar ke Sipitang dan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol. – Info x