Search

Kes Zara: Lima remaja tidak mengaku bersalah

August 20, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Lima remaja yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina Mahathir.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, berkata semua tertuduh dibenar ikat jamin RM5,000 serta seorang penjamin dengan RM1,000 sebagai deposit.

“Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula. Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang pejamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar mahkamah pada Rabu.

Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima tertuduh mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada jam 10 hingga 11 malam, 15 Julai 2025. – Info X