Search

PEGAWAI KANAN JABATAN, PESARA KERAJAAN DISYAKI TERIMA ‘SUAPAN’ RM700,000 DICEKUP SPRM

May 18, 2022

admin

KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan sebuah jabatan dan pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Menurut berkata, wang rasuah itu adalah sebagai balasan kepada suspek untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah pada setiap bulan kepada Kementerian Kewangan (MOF) Sabah.

“Tindakan kedua-dua suspek ini telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri.

“Mereka berdua (suspek) telah ditahan pada jam 11 pagi tadi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes terbabit sedang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan permohonan reman dijangka akan dibuat di Mahkamah Majistret, di sini, esok.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa tangkapan susulan dibuat selepas ini. – Info X