Search

Inkues kematian Zara: Ibu arwah dijadual hadir ke Mahkamah Koroner

August 28, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner pagi ini akan mendengar permohonan peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir untuk mendeklarasikan ibu arwah sebagai orang berkepentingan dalam prosiding inkues yang dijadual pada September.

Menerusi permohonan itu, peguam diketuai Hamid Ismail memohon agar anak guam mereka, iaitu ibu arwah Zara Qairina, Noraidah Lamat dideklarasikan sebagai orang yang berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Zara.

Ia bagi membolehkan ibu arwah menerusi peguamnya memeriksa dan menyoal balas saksi-saksi, melihat dokumen-dokumen dan mencadangkan dan membawa saksi-saksi dan dokumen-dokumen tambahan untuk membantu koroner pada prosiding inkues nanti.

Ibu Allahyarham juga dijangka hadir pada prosiding itu yang dijadual bermula jam 9 pagi ini. – Info X