Search

Pokok tumbang hempap lori, Proton Saga

September 8, 2025

Info X Reporters

KENINGAU: Sebatang pokok tumbang menghempap dua kenderaan melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX, di Tamu Ground,di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Keningau pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.40 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Pasukan bomba bertindak memotong pokok tumbang menggunakan gergaji berantai berjaya memotong serta mengalihkan pokok berkenaan ke bahu jalan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut. Operasi ditamatkan selepas keadaan disahkan selamat pada jam 7.55 pagi,” katanya. – Info X