Search

Anggota tentera maut, seorang lagi hilang di perairan Semporna

September 14, 2025

Info X Reporters

SEMPORNA: Seorang anggota tentera ditemukan maut manakala seorang lagi masih hilang ketika menjalankan Operasi Pasir Sektor Semporna Siri 3/2025 di perairan Pulau Mataking, Jumaat lalu.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigedier Jeneral Abd Munir Abd Rani berkata, kejadian membabitkan dua anggota daripada Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD).

Katanya, mangsa yang disahkan meninggal dunia ialah Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih belum ditemui dan usaha mencari serta menyelamat (SAR) sedang dipergiatkan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pasukan sahabat.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Menurutnya, sebarang perkembangan lanjut berhubung insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Info X