Search

PRN17: 15 November penamaan calon, 25 November mengundi awal, 29 November pengundian biasa

October 16, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon, diikuti 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Tarikh itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang medianya di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, selepas mesyuarat khas, pagi ini.

Beliau turut mengumumkan tarikh keluar writ pilihan raya pada hari ini.

PRN17 diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 Oktober lalu.

SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya pada 6 Oktober lalu, iaitu sehari selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN.

Sebanyak 73 kerusi dipertandingkan pada pilihan raya itu. – Info X