KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini meluangkan masa bertemu Sul Aidil Sudi, salah seorang peserta dari Sabah yang menyertai kontinjen Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza awal bulan ini.
Pada pertemuan itu, Hajiji memuji keberanian Sul Aidil selepas beliau menceritakan pengalamannya berdepan detik cemas apabila GSF dipintas pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.
“Saya bersyukur kamu dan rakan-rakan selamat kembali,” kata Hajiji kepada Sul Aidil ang berasal dari Tawau ketika pertemuan makan tengah hari di Sri Gaya, di sini, pada Isnin.
Turut hadir bersama Sul Aidil ialah Khairul Azlee Mohd Yunus dari Sandakan, yang menjadi sebahagian daripada kru darat GSF Malaysia di Sepanyol.
Seorang lagi peserta dari Sabah, Zizi Kirana, tidak dapat menghadiri pertemuan itu kerana mempunyai komitmen awal yang lain. – Info X