KOTA KINABALU: Bekas pemimpin Parti Warisan, Lewis Wong dinamakan sebagai calon baharu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di kerusi DUN Inanam.
Beliau dipilih bagi menggantikan Datuk George Guntarik sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 yang dijadual esok.
Tiada sebab dinyatakan berhubung pertukaran itu, namun Setiausaha Agung KDM, Willie Jude menjelaskan ia sebagai antara strategi parti bagi memenangi kerusi berkenaan.
“Sebelum ini, KDM mengumumkan Datuk George Guntarik sebagai calon bagi kawasan itu, namun pimpinan tertinggi parti memutuskan calon baharu bagi kerusi DUN Inanam ialah Lewis Wong.
“Pertukaran itu dibuat sebagai sebahagian daripada strategi parti dalam menghadapi PRU Sabah Ke-17,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, KDM mengumumkan seorang lagi calon mewakili parti itu, hari ini, iaitu di kerusi DUN Kemabong, Tenom bagi melengkapkan 40 kerusi ditandinginya.
Calon KDM bagi kerusi DUN Kemabong ialah Yabri Onos. – Info X