KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Moyog, Datuk Ceasar Mandela Malakun adalah antara enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik mengangkat sumpah jawatan, pada Selasa.
Beliau juga adalah antara 17 Pembantu Menteri yang turut mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Lima lagi ADUN Dilantik ialah Datuk Mohd Razali Razi, Datuk Kasim Razali dan Datuk Ir Chin Shu Ying, ketiga-tiganya mewakili GRS, manakala dua lagi ialah bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin Ken Fong dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Grace Lee Li Mei.

Sementara itu, daripada 17 jawatan pembantu menteri, empat adalah ADUN Bebas, iaitu Datuk Fairuz Renddan (Pintasan), Datuk Rina Jainal (Kukusan), Datuk Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid).
Turut dilantik ialah ADUN mewakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Mohd Ishak Ayub (Bingkor) meskipun parti itu memutuskan tidak menyertai kerajaan pimpinan GRS.
Dalam kenyataan hari ini, Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga ADUN Tambunan menjelaskan pelantikan Mohd Ishak adalah atas pilihannya sendiri dan bukan atas kapasiti mewakili parti.
Pembantu Menteri selebihnya ialah Datuk Joniston Bangkuai (Kiulu), Datuk Seri Dr Ruddy Awah (Pitas), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Samad Jambri @Jamri (Labuk), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu), Datuk Ruslan Muharam, (Lumadan) dan Datuk Hendrus Anding (Tandek).
Seterusnya, Datuk Jonnybone J Kurum (Telupid), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Datuk Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal (Tanjung Batu). – Info X