Search

PACUAN EMPAT RODA BERTEMBUNG LORI, SEORANG LELAKI MENINGGAL DUNIA

June 9, 2022

admin

SEMPORNA: Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ladang Pinang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.05 petang.

“Sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kemalangan, anggota mendapati memang terdapat kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu tiga tan.

“Terdapat lima mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Seorang mangsa tersepit dalam kenderaan Mitsubishi Triton dan dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan Rescue Tools,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala empat lagi mangsa mengalami cedera ringan dan sudah dihantar ke Hospital Tawau dan Semporna oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

“Operasi tamat pada 4.25 petang tadi,” katanya. – Info X