KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), pada Isnin.
Simbolik penyerahan sumbangan telah dibuat Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pengerusi Bersama TPNS, Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar dengan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu ialah Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif selaku Pengerusi TPNS dan Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof.
Sumardi berkata, sumbangan kepada TPNS adalah inisiatif CIS sebagai sebuah syarikat Kerajaan Negeri (GLC) dalam mendokong usaha penting Kerajaan Negeri untuk melengkapkan anak-anak Sabah dengan pendidikan tinggi, di samping memperkasa sumber manusia Sabah sejajar dengan visi untuk melahirkan insan cemerlang dan berilmu. – Info X