Search

J-KOM NADI PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT – BUNG MOKTAR

June 12, 2022

admin

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dapat memainkan peranan serta fungsinya sebagai jambatan yang menjadi nadi perhubungan antara kerajaan dan rakyat.

“Ia ini sesuai dengan matlamat (J-KOM) bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat secara tepat, sahih dan bijaksana.

“Selain itu, J-KOM juga mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat untuk disampaikan kepada kerajaan.

“Zaman kemajuan teknologi maklumat masa kini, kita tidak dapat lari dari pelbagai isu dan proganda yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada dimedia sosial, portal dan media lain dalam talian yang sengaja memutarbalitkan fakta.

“Jika tidak dibendung, ianya boleh merosakan pemikiran rakyat” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari rombongan J-KOM pusat di pejabat beliau, baru-baru ini.

Rombongan diketuai oleh Ketua Pengaraj J-KOM, Datuk Dr Zuraidi Ishak dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komunkasi komuniti), Dr Al Azharri Siddiq Kamunri , Pengarah Bahagian Sumber Manusia Arfizan Ramli dan Ketua Unit Perhubungan Awam Siti Mahmudah Sudiman.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menyatakan kaedah yang digunakan J-KOM adalah dengan cara membangunkan komuniti khususnya di peringkat akar umbi, mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna serta fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan komuniti.

“Selain menyalurkan maklumat dari kerajaan kepada rakyat, kita juga berharap J-KOM dapat menyampaikan maklumat dari akar umbi mengenai isu semasa terutamanya dalam aspek pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindah dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan,” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar menyangkal
dakwaan pihak pembangkang yang J-KOM sebagai ejen penyebar propaganda dipergunakan untuk kepentingan politik.

” Ini hanya prespesi mereka (pembangkang) perlu diingat Ketua Pengarah timbalan serta pegawainya yang lain bukanlah dilantik dari kalangan orang poiitik, proses lantikan pengikut Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA) ia dikombinasi golongan profesional dan pegawai takbir yany baik dan bersahsiah tinggi,”katanya. – Info X