Search

KM berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Bolong Lama

March 9, 2026

Info X Reporters

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama di sini, pada Isnin.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Majlis anjuran Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) itu turut diserikan dengan pengisian tazkirah Ramadan, diikuti jamuan berbuka puasa serta solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Turut hadir ialah ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali; Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah; Pegawai Daerah Tuaran, Ibrahim Terki; Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang dan Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad. – Info X