KOTA KINABALU: Kira-kira 700 peserta menjayakan program berjalan kaki 14th Morther’s Day Walk Abreast 2026 di Taman Awam Teluk Likas, di sini, pada Ahad.
Program tahunan bertemakan ‘Step by Step, Side by Side’ anjuran Sabah Kinabalu Pink Ribbon itu disempurnakan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag diiringi Presiden Sabah Kinabalu Pink Ribbon, Christy Fe Salazar bersama sebahagian peserta yang menyertai Mother’s Day Walk Abreast 2026 di Taman Awam, Teluk Likas pada Ahad.
Antara pesertanya ialah ahli Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) dan ahli keluarga serta pemandiri kanser payudara (breast cancer survivor) selain komuniti setempat.
Acara bermula dengan senamrobik pada jam 7 pagi, sebelum peserta meneruskan acara berjalan kaki sejauh kira-kira 4.8 kilometer. – Info X