KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah berkaitan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Keputusan itu dibuat pada prosiding Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan, di sini, pada Rabu.
Shafie diperintah menjalani hukuman itu bermula pada tarikh keputusan dibuat, iaitu 29 Julai 2026.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai proses rayuan yang dibuat Presiden Parti Warisan itu.
Shafie sebelum ini didakwa menghina mahkamah selepas mengungkit inkues kematian Zara Qairina dalam ceramah politiknya menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) tahun lalu.
Ia berkaitan ucapannya dalam satu majlis di Kinabatangan pada September tahun lalu yang mempertikai proses inkues dan mendakwa arwah Zara dibunuh.
Kenyataan itu dianggap menganggu prosiding inkues bagi mencari punca kematian Zara Qairina yang dilaksanakan bermula pada September tahun lalu. – Info X