KOTA KINABALU: Dua anak jati daerah ini mencatat pencapaian membanggakan apabila masing-masing dinaikkan pangkat Superintendan dan diberi kepercayaan menerajui dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sabah.
Mereka ialah Khairul Shah Peri yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Belud, manakala Janeve Sindih pula diberi tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Kinabatangan.
Khairul Shah yang sebelum ini berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dinaikkan pangkat Superintendan sebelum diberi kepercayaan menerajui IPD Kota Belud.
Pelantikan itu menyaksikan beliau kembali berkhidmat dan memimpin pasukan polis di daerah kelahirannya sendiri.
Sementara itu, Janeve yang juga dilahirkan di Kota Belud turut dinaikkan pangkat daripada DSP kepada Superintendan.
Beliau seterusnya diberi amanah menerajui IPD Kinabatangan sebagai Ketua Polis Daerah yang baharu.
Pelantikan kedua-dua pegawai berkenaan menjadi satu kebanggaan buat masyarakat Kota Belud apabila dua anak kelahiran daerah itu diberi kepercayaan memegang jawatan kepimpinan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kenaikan pangkat dan pelantikan itu juga mencerminkan kepercayaan pucuk pimpinan PDRM terhadap pengalaman serta kemampuan kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab lebih besar. – Info X