KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 skala Richter dikesan berlaku di Keningau pada jam 9.31 pagi tadi.
Berdasarkan info Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gegaran dikesan di koordinat 5.3 darjah utara dan 116.1 darjah timur.
Gegaran berlaku di kedalaman 10 kilometer kira-kira 10 kilometer di barat Keningau.
MetMalaysia melaporkan gegaran dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.-Info X