Search

PM bincang isu MA63 bersama Abang Johari, Hajiji

September 11, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

Mesyuarat itu turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar tiba pada kira-kira jam 8.30 pagi tadi dengan diiringi Hajiji.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau malam tadi, Anwar menyifatkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setia dalam Kerajaan Perpaduan yang terus bersama-sama memperkukuh kestabilan negara serta memantapkan semangat perpaduan dan kebersamaan antara wilayah.

“Insya-Allah, perpaduan dan kepercayaan yang terbina ini akan terus menjadi kekuatan dalam menjayakan agenda pembangunan serta menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya. – Info X