SANDAKAN: Penstrukturan organisasi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kinabatangan membuka lembaran baharu landskap politik di kawasan Parlimen terbesar di Malaysia itu.
Penyusunan semula Jawatankuasa Penaja Bahagian Kinabatangan menguji kepimpinan Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah yang dilantik Ketua Bahagian bagi menerajui kepimpinan baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Pembentukan Jawatankuasa Gagasan Rakyat Kinabatangan yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut, Sukau dan Lamag itu juga dilihat sebagai langkah strategik parti itu di pantai timur Sabah.
Mesyuarat penyusunan semula Ahli-ahli Jawatankuasa bahagian itu di Hotel Livingstone, Sandakan malam kelmarin menyaksikan pelantikan Datuk Juhari Janan dari DUN Sukau sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan Datuk Abu Bakar Gapar dari DUN Lamag sebagai Naib Ketua Bahagian.
Tiga tonggak utama sayap parti pula ialah Ketua Pergerakan Wanita, Jaliliah Apiang; Ketua Pemuda, Willy Frous Darinsok dan Farizatul Akma Abdul Rahman sebagai Ketua Beliawanis.
Pempengaruh media sosial, Aksyah Nasrah turut dilantik menganggotai Gagasan Rakyat Kinabatangan sebagai Ketua Penerangan, manakala Jamlin Kayatah dan Tokyo Hasim Saulid Kandan masing-masing dilantik Setiausaha dan Bendahari Bahagian.
Berikut adalah 38 anggota jawatankuasa bahagian Gagasan Rakyat Kinabatangan diketuai Ketua Bahagian,Datuk Masiung Banah; Timbalan, Datuk Juhari Janan; Naib, Datuk Abu Bakar Gapar; KetuaWanita, Jahiah @ Jaliliah Apiang; Ketua Pemuda, Willy Frous Daronsok; Ketua Beliawanis, Farizatul Akma Abdul Rahman; Setiausaha, Jamlin Kayatah; Bendahari, Tokyo Abdul Hasim Salulid Kandan; Ketua Penerangan, Aksyah Nasrah; Naib Ketua Wanita, Nurlisah Awang; Naib Ketua Pemuda, Badrul Hisham Juhari dan Naib Ketua Beliawanis, Siti Khalidah Mahalil.
Ahli jawatankuasa Gagasan Rakyat Kinabatangan pula terdiri daripada Azman Mastar, Kamrin Satah, Mahalay @ Mahali Jahaya, Johanis Mualas, Emerson Dawang, Matamin Etin, Juslee Arpah, Fazli Kubin, Japilan Gustim, Mokrey Kachurah, Willy Banah, Mahmud @ Abdul Manaf Amit, Joseph Noh, Johari Aklee, Amit Tunguk, Sunardi Suhaime, Damsah Kalbin, Muhamad Alwi Mahadi, Awang Bantan, Akop Manjah, Rusni Sungging, Kim Linupas, Sayafi Adnan, Arif Cassidy Saraon, Raz Bantiqle dan Heuly Janadi Ramidin.
Sementara itu, Masiung yang juga ADUN Kuamut mahu semua anggota jawatankuasa penaja melaksanakan tugas yang diamanahkan sebagai tanggungjawab kepada parti dan rakyat di peringkat bahagian.
Katanya, penstrukturan semua organisasi Gagasan Rakyat secara besar-besaran melibatkan pindahan perlembagaan parti, sebagai langkah strategik bagi mengukuhkan jentera parti sebagai tunjang Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Gagasan Rakyat menukar asas struktur bahagiannya daripada kawasan DUN kepada kawasan Parlimen, dirombak menjadi 26 bahagian baharu merangkumi Sabah dan Labuan berbandibg 74 bahagian sebelum ini.
“Langkah ini bagi menyatukan bahagian-bahagian kecil supaya lebih besar dan tersusun,” katanya. – Info X