Search

Gempa bumi lemah dikesan berhampiran Sandakan

September 18, 2026

Info X Reporters

SANDAKAN: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan di Borneo pada jam 10.30 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa berkenaan berlaku pada koordinat 6.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur dengan kedalaman 392 kilometer.

Menurutnya, lokasi gempa terletak kira-kira 88 kilometer di utara Sandakan dan 354 kilometer di selatan Palawan, Filipina.

Bagaimanapun, MetMalaysia mengesahkan kejadian itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – Info X