Search

SDBHD rancang perniagaan baharu untuk jana pendapatan, peluang pekerjaan

September 18, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sabah Development Berhad (SDBHD), merancang perniagaan baharu yang berpotensi memberi pulangan kepada syarikat, mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat negeri ini.

Pelan perniagaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dijelaskan oleh Pengerusinya, Datuk Dr Yusof Yacob kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika kunjungan hormat di kediaman rasminya, di Sri Gaya, di sini, pada Jumaat.

Kunjungan itu turut disertai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SDBHD, Nixon Abdul Habi.

Dr Yusof antara lain memberi penerangan kepada Ketua Menteri mengenai pelan perniagaan syarikat yang sedang dilaksanakan dan bidang baharu yang bakal diterokai bagi menjana pendapatan SDBHD.

“Langkah ini bukan saja memperkukuh keupayaan syarikat dalam menjana keuntungan dan menyumbang dividen kepada Kerajaan Negeri, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memberi manfaat ekonomi kepada rakyat Sabah,” katanya.

Pada pertemuan itu, Hajiji menyatakan sokongan terhadap usaha SDBHD meneroka bidang perniagaan baharu yang berpotensi meningkatkan pendapatan syarikat dan menyumbang kepada pembangunan negeri.

Hajiji pada masa sama menekankan supaya setiap bidang perniagaan yang diceburi SDBHD memberi manfaat kepada rakyat serta selari dengan aspirasi pembangunan Sabah. – Info X