KOTA KINABALU: Sabah layak mendapat tambahan sehingga 13 kerusi Parlimen bagi mencapai nisbah satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata jumlah itu perlu dibincang di Kabinet negeri sebelum dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau turut menjangkakan berlaku pertambahan kerusi DUN bagi mengimbangi jumlah kawasan Parlimen baharu yang bakal diwujudkan.
“Selain tambahan kerusi Parlimen bagi mencapai satu pertiga wakil Sabah dan Sarawak di Parlimen, kita juga menjangkakan akan berlaku pertambahan kerusi DUN selari dengan pembentukan kerusi baharu Parlimen,” katanya.
Masiung ditemui media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Sedco Communication Sdn Bhd (Scomm) dan tiga syarikat swasta di sini, pada Isnin.
Jika Sabah mendapat pertambahan 13 kerusi Parlimen bermakna akan menjadikan 38 kerusi berbanding 25 kerusi sekarang.
ADUN Kuamut itu berkata, pada masa ini Sabah mempunyai 73 kawasan DUN dan dijangka berlaku pertambahan antara 25 hingga 28 kerusi baharu.
Masiung berkata, faktor geografi kedua-dua negeri wilayah Borneo meliputi kawasan terpencil di pedalaman menuntut tambahan perwakilan.
“Suara etnik minoriti jauh terpinggir di kawasan luar bandar memerlukan wakil seimbang sesuai perkembangan kemajuan negara.
“Jangkaan itu dilihat relevan bagi memastikan peruntukan pembangunan negeri dan Parlimen dapat diagih secara lebih mikro.
“Tumpuan harus diberikan kepada Sabah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia seperti daerah Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Merudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu,” katanya.
Beliau menjangkakan, pertambahan kerusi DUN dan Parlimen lebih banyak tertumpu di kawasan Pantai Timur dan Pedalaman Atas.
Mengulas lanjut l, Masiung berkata, Tongod direkodkan berada di tempat teratas daerah paling luas di negeri ini diikuti Kinabatangan, Lahad Datu, Ranau, Beluran, Pensiangan dan Pedalaman Atas, di mana kawasan berkanaan berpotensi akan wujud tambahan kerusi baharu bagi DUN dan Parlimen.
Kerajaan Persekutuan bersetuju secara prinsip untuk memindah perlembagaan bagi membolehkan tambahan wakil Parlimen Sabah dan Sarawak sesuai dengan dasar di bawah Perjanjian Malaysia Malaysia 1963 ( MA63).
Pada majlis itu, Scomm menandatangani perjanjian kerjasama telekomanakasi antara Pusat Konvonsyen Antatabangsa (SICC) Kota Kinabalu, ITTC Penampang, Hyatt Regency dan U Mobile, Kota Kinabalu. – Info X