Search

Lahad Datu dilanda gempa bumi sederhana

October 6, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi sederhana dikesan melanda Lahad Datu dengan magnitud 5.0 skala Richter pada jam 9.11 malam ini.

Berdasarkan info gempa bumi dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gegaran berlaku di kedalaman 10 kilometer kawasan perairan di koordinat 4.9 darjah utara dan 118.7 darjah timur.

Pusat gegaran terletak 48 kilometer di timur Lahad Datu.

“Gegaran dirasai di sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

Sejarah gempa bumi menyaksikan Lahad Datu pernah dilanda gempa bumi paling kuat di Malaysia dengan magnitu 6.2 pada 1976 selain dua gempa sederhana bermagnitud 5.7 pada 1984 dan 1994.

Gempa bumi kecil juga sering dilaporkan berlaku di daerah itu termasuk selepas kejadian gempa bumi kuat berskala 6.0 di Gunung Kinabalu pada 2015. – Info X